Monday, 11 August 2008

Gold Mine

wah..I was right when I had curiosity before I decided to join biotech company..Why?? everybody knows biotech com is such a gold mine...just like the old nano tech..you put the magic word 'nano', you definitely got a grant..hmmm..nowadays, you put the word 'biotech' then money will start falling from sky :-D hahaha...

I'm not surprised at all when I read this article in Berita Harian..Before I decided to accept the offer, I actually asked people around especially those who worked or are woking in Biotech GLC com...Guess what, I would say more negative than positive...Some of the cases in fact involved ex-academician...I just simply don't understand how can people with such high credibility (supposedly) becomes so corrupt....'money' is the real challenge in life, we can easily being blind and deaf because of money....



'Datuk' didakwa biayai perjalanan ke luar negara guna wang syarikat

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bergelar Datuk sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disiasat polis berhubung dakwaan pecah amanah membabitkan wang syarikat berjumlah hampir RM700,000.

Sumber berkata, individu berusia 50-an yang juga bekas ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan disiasat menyeleweng dengan menggunakan wang syarikat tanpa melalui prosedur sepatutnya.

Dia dilantik sebagai CEO syarikat itu tahun lalu sebelum perkhidmatannya ditamatkan tahun ini.

"Dia disiasat menggunakan wang syarikat berjumlah lebih RM450,000 untuk membiayai beberapa perjalanannya ke luar negara selain memindahkan kira-kira RM200,000 ke akaun peribadi.

"Dia juga didakwa menuntut elaun keraian berjumlah RM18,000 pada 2007 tanpa mengemukakan bukti perjalanan atau perbelanjaan," katanya kepada Berita Harian.

Sumber berkata, individu itu tidak mengemukakan bajet dan memohon kelulusan Lembaga Pengarah sebelum menggunakan wang terbabit, yang sepatutnya menjadi syarat utama sebelum sebarang pengeluaran wang syarikat dilakukan.

Syarikat itu ditubuhkan dengan kos RM1.9 bilion dua tahun lalu untuk menjalankan kajian dan pembangunan dalam bidang bioteknologi.

Berita Harian difahamkan, penyelewengan membabitkan bekas CEO itu terdedah selepas Jabatan Audit Negara dan juruaudit luar, PricewaterhouseCoopers menjalankan audit syarikat berkenaan.

Sumber berkata, berikutan pendedahan itu, Lembaga Pengarah syarikat memanggil pegawai berkenaan untuk memberi penjelasan namun gagal dihadirinya dengan alasan yang tidak memuaskan.

"Susulan itu, Lembaga Pengarah membuat usul menggantung tugasnya sebelum memutuskan menamatkan perkhidmatannya Mac lalu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan polis sedang menyiasat kes terbabit selepas menerima laporan 14 Julai lalu.

"Kita menjalankan siasatan rapi merangkumi semua aspek yang berkaitan di dalam kes berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

No comments: