Tertarik untuk mengulas sedikit laporan media berkaitan teks ucapan Ku Li dan Tun Dr Mahathir di UM, di mana mereka berdua bersetuju DEB masih relevan sehingga hari ini.
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_a2b8371b-c0a85062-1d10ea20-b6546478
Pertamanya, ada baiknya kita ingat balik sejarah Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB diperkenal kan pada tahun 1970-1990 oleh Tun Abdul Razak. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ianya telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
* mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
* mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar ekonomi Malaysia yang digunakan sekarang. Ia merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan DEB.
1. Membasmi golongan miskin
2. Menyusun semula masyarakat
Di mana objektif utama adalah untuk :
1. Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan di luar bandar
2. Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi
Secara keseluruhannya, DEB dan DPN mempunyai objektif yang amat jelas untuk membasmi kemiskinan dan memajukan Malaysia sebagai Bangsa Malaysia. Perlu diingatkan, sebelum DEB, rata-rata orang Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan dan tinggal di kampung. Manakala kaum cina berniaga dan tinggal di bandar. Dengan wujudnya dasar-dasar tersebut, jurang perbezaan ekonomi telah dirapatkan (walaupun tidak seperti yang diharapkan).
Sehingga hari ini, semua dasar yang dirancang gagal kerana wujudnya segelintir masyarakat yang 'kononnya' berjuang untuk sesuatu kaum. Persoalannya sekarang, masih relevan kah perjuangan begini? Dalam masa kita sibuk menwar-warkan kepada dunia "Malaysia truely Asia", tapi hakikatnya ada segelintir pihak yang suka memainkan sentimen perkauman.
Contohila Indonesia, walaupun keadaan ekonomi mundur, tetapi mereka hidup sebagai Bangsa Indonesia, dengan jatidiri sebagai satu bangsa satu negara...
No comments:
Post a Comment