Here is the article about a double tracking project Rawang-Ipoh and High
speed train project Kuala Lumpur-Singapure.
KUALA LUMPUR 27 Mac – Antara projek landasan kereta api berkembar dari
Rawang di Selangor ke Ipoh, Perak atau projek kereta api laju Kuala
Lumpur-Singapura, mana yang lebih penting?
Itu yang dipersoalkan anggota Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul
Samad yang mengambil contoh kedua projek itu ketika membahaskan mengenai
keutamaan kerajaan dalam melaksanakan sesuatu projek pembangunan.
''Saya tak faham kalau laluan dari Kuala Lumpur-Singapura itu dianggap
terpenting sehingga sanggup menimbangkan cadangan untuk membina kereta
api laju, kenapa pula program landasan berkembar dimulakan di utara.
Saya tak nampak di mana logiknya,'' soalnya ketika membahaskan usul
menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan
Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Turut dipersoalkan Shahrir ialah mengenai kewajaran penglibatan
Singapura dalam projek kereta api laju itu yang sepatutnya
dipertimbangkan kerajaan.
"Kalau projek itu mahu diteruskan, maka perlu dibina jambatan, sebab
takkanlah kereta api ini terlalu pantas hingga tak perlu jambatan untuk
seberang Selat Johor.
"Singapura pernah menolak cadangan pembinaan jambatan baru ke sana
tetapi kini (apabila merasa projek kereta api laju itu menguntungkan
mereka), maka mereka mahu projek kereta api laju ini berhenti di
republik itu,'' katanya yang berpendapat kerajaan perlu berjaga-jaga
dalam memikirkan program pembangunan jangan sehingga menjadi bahan jenaka.
Kerajaan setakat ini belum memutuskan sama ada projek yang
diinisiatifkan YTL Group itu akan berakhir di Johor atau Singapura.
Perbahasan Shahrir kemudian dicelah Datuk Mohamad Said Yusof (BN-Jasin)
yang bertanya mengenai untung ruginya pelaksanaan projek berkenaan dan
kesan yang akan dihadapi Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)
berikutan pelaksanaan projek kereta api laju itu.
Shahrir bagaimanapun menegaskan bukan isu untung rugi yang dipersoalkan
sebaliknya kerajaan perlu memikirkan mengenai kepentingan dan logiknya
projek kereta api laju itu dilaksanakan.
– Bernama
In economy point of view, the high speed train KL-Spore is far more
important than Rawang-Ipoh. More people travel KL-Spore than Rawang-Ipoh
for business and pleasure. Government has to choose either go on with
the high speed train KL-Spore or allow low cost airlines to fly
KL-Spore. We have to admit even though Spore is smaller than Malaysia,
they are more obvious in the "World Map" than us..If you can't beat
them, join them...
No comments:
Post a Comment