Sy terpanggil untuk menulis rasa hati tentang bencana alam di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Mula-mula kita dikejutkan dengan tanah runtuh yang mengorbankan 2 kanak-kanak. Seminggu kemudian kita dikejutkan lagi apabila 14 buah banglo musnah sama sekali di Bt Antarabangsa. Tak cukup dengan itu, beribu-ribu mangsa banjir di seluruh Malaysia ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir..Ini tidak termasuk kemalangan bas baru-baru ni yang mengorbankan 10 orang di Johor..
Dalam semua kejadian yang disebutkan di sini, yang manakah mendapat liputan luas?? Yang mana ditawarkan dengan pakej-pakej menarik? Yang manakah yang paling banyak dibantu?? Jawapannya cukup mudah, mangsa tanah runtuh Bt Antarabangsa..Walaupun kesannya memang buruk, tetapi jika nak dibandingkan harta benda dengan nyawa mungkin tak terjawab. Pak menteri sibuk mengunjungi dan membuat kenyataan akhbar berkenaan kejadian tersebut hinggakan Ali Rustam yang di luar kawasan turut membuat kenyataan. Mungkinkah kerana pemilihan UMNO tidak lama lagi, atau pun kurangnya keyakinan untuk memenangi pilihanraya kecil di Terengganu??? Mungkin hanya spekulasi sy...:-)
Berbalik kepada kisah antara dua darjat..Saya tidak pernah terbaca kerajaan bercadang membayar pampasan kepada mangsa di Hulu Kelang...Yang membuatkan sy tertanya-tanya macammana kerajaan boleh terfikir untuk membayar pampasan untuk pemilik rumah tersebut. Tidak cukupkah kalau pemaju, jurutera, dan mereka yang terlibat dalam membina dan menyelia kawasan tersebut diminta bertanggungjawab?? Kenapa mesti wang keringat pembayar cukai digunakan?? Tidak cukupkah tawaran bank e.g. Maybank untuk membantu mangsa secara memberi pinjaman dengan pelbagai keutamaan?? Tak cukupkah kerajaan campuran Barisan Rakyat yang memberikan 50% potongan hotel untuk mangsa???
Dalam banyak-banyak tawaran tersebut, saya tidak pernah terbaca pihak bank atau pun pihak kerajaan membuat tawaran sedemikian untuk mangsa-mangsa bencana alam lain cotohnya mangsa-mangsa banjir. Tidak pernah terfikirkan mereka ini, RM1000 untuk warga kampung sangat besar ertinya untuk membina semula kehidupan..Tidak pernah kita terfikirkah jumlah RM1000 tidak membawa erti yang besar untuk pemilik Bt Antarabangsa ini...? Jawapannya, mangsa-mangsa bencana alam di kampung akan digula-gulakan dengan wang saku manakala mangsa2 Bt Antarabangsa akan diberi pampasan berlipat ganda...Pada saya, kalau mampu membeli rumah di kawasan mewah, tak mungkin mereka tidak mampu untuk membina kehidupan baru tanpa bantuan...hmmm....
Saya masih ingat ketika ribut di kampung saya sendiri, selepas beberapa hari (bukan serta merta) penduduk kampung telah digula-gulakan dengan wang pampasan RM700. Walaubagaimanapun jumlah tersebut sama rata samada hilang 2 keping atap zink atau pun rumah runtuh. Itulah adilnya kerajaan Perak dahulu. Tak cukup dengan itu, wang sumbangan untuk mangsa turut disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memeriahkan majlis penyerahan cek sumbangan..lawak yang saya akan ingat sampai bila-bila..
Kesimpulan dari tulisan antara dua darjat, kalau kita di atas, walaubagaimana burukpun nasib kita pasti ada yang membantu. Kalau kita di bawah, dah jatuh tu bersedialah untuk dipijak..:-D..menyakitkan tetapi inilah realiti...
p/s: huiyoooo...kagum tak dengan kebolehan sy menggunakan BM tanpa proof read???
No comments:
Post a Comment