KUALA LUMPUR 24 Sept. - Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) dijangka menarik 150 peserta daripada 40 buah negara untuk menyertai BioMalaysia 2008.
BioMalaysia 2008 merupakan pameran bioteknologi yang akan diadakan pada 7 hingga 9 Oktober ini dengan bertemakan 'Mengukuhkan Pembentukan Nilai Dalam Bioteknologi'.
Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, BioMalaysia 2008 menjadi medan menyediakan maklumat dan peluang untuk peserta bioteknologi tempatan dan global.
''Sejak 2007, BioMalaysia telah menjadi tempat untuk pengumuman dan perkembangan industri bioteknologi.
''Pada kali ini, BiotechCorp akan membuat beberapa pengumuman termasuk projek kerjasama antara sektor swasta dan kerajaan, transaksi produk kesihatan bioteknologi dan projek kemudahan bioteknologi,'' kata Iskandar dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pameran tersebut merupakan anjuran kali keenam dengan lebih 200 peserta tempatan dan antarabangsa dan 46 pakar bioteknologi dari 30 negara akan menyertai persidangan yang meliputi produk kesihatan, pertanian dan industri bioteknologi itu.
Sementara itu, BiotechCorp turut mengumumkan perkembangan terhadap perjanjian antara BiotechCorp dan syarikat Perancis Nanobiotix S.A. (Nanobiotix). bagi tujuan pemindahan teknologi dan lesen untuk platform nanoteknologi seluruh dunia.
''Kerjasama itu akan memberi fokus untuk membangunkan pusat penjagaan (P.O.C) diagnostik dan sistem penghantaran ubatan untuk penyakit tropikal.
''Selain itu, tiga saintis yang berkelayakan dari Universiti Sains Malaysia telah dikenal pasti untuk menjalani latihan pindahan teknologi,'' katanya.
-------------------------------------------------------------------
I wonder what kind of 'perkembangan' he's talking about. :-) I'm still here in Malaysia due to visa problem. Good thing, I will have good time to celebrate Eid and finish up all unnecessary work loads..
2 comments:
jadik saintis dah hang hehehehe
hahaha...aku ni versatile...apa2 pun boleh..I can become whatever people want me to be..hahaha...
p/s:lps ni rasanya nak jadi batman ke, catwoman lak..hehehehe...
Post a Comment